Riwayat Hidup
Syaikh Abdul Qodir Al-Jailani
Radhiallahu Anhu Qoddasallahu Sirroh
Insya Allah akan diuraikan riwayat dan biografi ringkas mengenai asal muasal, silsilah, perjalanan hidup, dan karya-karya beliau Syaikh Abdul Qodir Al-Jailani RA QS.
Sumber Foto : Laduni.id |
Assalamu 'Alaikum Wa Rokhmatullohi Wa Barokaatuh
Bismilahirrakhmaanirrakhim
Alkhamdulillhi Robbil'Alamiin
Washolaatu Wassalaamu 'Ala Sayyidil Anbiya wal Mursalin habibana Muhammad SAW. Wa 'Ala Aalihi Wa Sohbihi Ajmain.
Syaikh Abdul Qodir Al Jailani
Rodhiallahu Anhu Qoddasallahu Sirroh
Syaikh Abdul Qodir Al-Jailani RA QS seorang tokoh Tasawuf atau Sufi Kharismatik yang dipercaya memiliki banyak karomah, berilmu tinggi, dan ber-budi perkerti luhur. Beliau Syaikh AQJ RA QS adalah salah seorang pembimbing besar ke-Ruhanian umat Islam yang berasal dari daerah Jaylan yang konon merupakan salah satu wilayah yang kini termasuk dalam wilayah pemerintahan Iran.
Mengenai biografi Syaikh AQJ RA QS sebagaimana di riwayatkan dalam kitab "Sirrul Asror" dikatakan bahwa Syaikh Abdul Qodir Al-Jailani yang bernama asli ‘Abd al-Qadir al-Jilani ibn Salih ibn Jangidost, (juga dieja Abdul Qadir Gaylani, Abdel Kader, Abdul Qadir, Abdul Khadir - Jailani, Jilani, Jeelani, Jilali, Gailani, Gillani, Gilani, Al Gilani) yang hidup pada kisaran tahun 470-561 Hijriah / 1077-1166 Masehi, adalah sheikh pendakwah sufi mazhab Hanbali keturunan Parsi dan pemimpin madzhab Sufi Qadiri.
Beliau dilahirkan pada tanggal 1 Ramadan pada tahun 470 Hijriah atau pada kisaran tahun 1077 - 1078 Masehi, di daerah Gilan, Parsi (Iran) di selatan Laut Caspian. Disebabkan bahasa Parsi tidak memiliki huruf fonetik "G" dalam tulisan Arab, namanya juga seringkali dituliskan sebagai Kilani dan Jilani dalam manuskrip Arab.
Gilani atau Syaikh AQJ RA QS tergolong dalam rangkaian kerohanian Imam Junayd Baghdadi. Sumbangannya kepada pemikiran Dunia Muslim memberikannya gelaran Muhiyuddin (secara harafiah berarti "Pembangkit semula keyakinan"), karena beliau bersama murid dan rekan sejawatnya merupakan orang yang meletakkan batu pertama bagi masyarakat yang kemudian hari menghasilkan ulama seperti Nuruddin Zengi dan Salahuddin al-Ayyubi.
Golongan Sufi atau pengamal tasawuf yang menisbahkan nama kelompoknya kepada Syaikh AQJ dipercaya merupakan kelompok awal penganut tasawuf yang tertua.
Keturunan
Syaikh Abdul Qodir Al-Jailani dilahirkan sekitar tahun 470/471H yang bertepatan dengan tahun 1077 Masehi di sebuah wilayah bernama Jailan atau Kailan di Parsi atau Iran kini (Nama daerah ini kemudian menjadi gelar yang disematkan kepada nama beliau yakni Al-Jailani). Ayahanda Al-Jailani, Abu Salih Musa al-Hasani, adalah dari keturunan Hassan bin Ali, yaitu anakanda sulung Ali bin Abi Talib r.a (menantu dan sepupu Nabi Muhammad s.a.w) dan Fatimah r.a. (puteri baginda
Nabi Muhammad s.a.w.). Ibunda Al-Jailani adalah puteri kepada Abdullah Sawmai, yang juga keturunan dari sayyidina Hussein bin Ali, adik kepada Hassan bin Ali bin Abi Thalib Karromallahu Wajjhah. Maka, Al-Jailani adalah keturunan Nabi Muhammad s.a.w. melalui susur galur kedua-dua cucu baginda Muhammad SAW, yakni sayyidina Hassan dan Hussain.
Pendidikan
Beliau banyak menghabiskan masa kanak-kanak beliau di kota kelahirannya. Pada usia 18 tahun, beliau telah ke Baghdad (1095), untuk meneruskan pelajarannya dalam bidang fiqih Hanbali di bawah
beberapa orang ulama. Beliau menerima pendidikan Fiqih daripada Abu Ali al-Mukharrimi, Hadith daripada Abu-Bakar-bin-Mudzaffar, dan ilmu tafsir daripada ulama tersohor, Abu Muhammad Jafar. Dalam bidang Tasawwuf pula, gurunya ialah Shaikh Abu'l-Khair Hammad bin Muslim al-Dabbas. Daripada gurunya, Syeikh Abdul Qadir menerima latihan asas dan seterusnya mendapat bantuan untuk
perjalanan rohaniah beliau.
Hasil karya Syaikh Abdul Qodir
Beberapa hasil karya Jilani yang terkenal termasuk:
• Al-Ghunya li-talibi tariq al-haqq wa al-din (Bekalan Mencukupi bagi Pencari Jalan Kebenaran dan
Agama). - Lima jilid yang dikarang oleh Sheikh Abdul Qadir atas permintaan murid-muridnya, sebagai panduan yang lengkap bagi semua aspek kehidupan Islam, dzohir dan bathin.
• Futuh al-Ghaib (Pembuka Tabir Keghaiban) - 78 bahagian, agak pendek dan penyampaian yang terus dan sangat berkesan.
• Al-Fath ar-Rabbani (Hakikat Pengabdian) - 62 bahagian, lebih panjang, disampaikan di Baghdad pada 545-546H.
• Jala' al-Khawatir (The Removal of Cares) - 45 bahagian, pada 546H.
• Malfuzat (Luahan Kata Sheikh Abdul Qadir) - Ini ialah koleksi ucapan beliau. Lazimya ditemui di penghujung manuskrip Arab untuk Fath ar-Rabbani.
• Khamsata 'Asyara Maktuban (Lima Belas Surat) - Ini ialah 15 pucuk surat yang ditulis beliau dalam bahasa Parsi kepada salah seorang anak murid beliau.
• Al-Fuyudat al-Rabbaniyyah (Anugerah Ketuhanan)
• Bashair al-Khairat (Khabar Gembira) - Solawat oleh Sheikh Abdul Qadir dengan kaedah yang diilhamkan dari Allah.
• Kitab Sirr al-Asrar wa Mazhar al-Anwar (Buku Rahsia dalam Rahsia dan Penzahiran Cahaya).[1]
Demikianlah uraian biografi singkat Syaikh Abdul Qodir Al-Jailani Radhiallahu Anhu Qoddasallahu Sirroh. Semoga dapat menjadi berkah dan manfaat bagi kita semua. Amiin.
Wallahul Muwaffiq Ilaa Aqwamit Thoriq
Wassalaamu 'Alaikum wa Rokhmatullohi wa Barokaatuh.
-----------------------------------------------------------
Catatan :
[1] Kitab Sirrul Asror Karya Syaikh Abdul Qodir Al-Jailani
Comments
Post a Comment