Skip to main content

Terjemah Kitab Bidayah Al Hidayah Imam Al Ghazali - Bab II - Fasal Kedua - Cara Meninggalkan Maksiat Batin / Maksiat Hati

Fasal Kedua - Maksiat Batin/Hati
Cara-cara Meninggalkan Maksiat Batin (Maksiat Hati)
Dengki (Hasad) | Riya | 'Ujub | Takabbur | Bangga



Ini adalah lanjutan dari pembahasan terjemah Kitab Bidayah Al Hidayah sebelumnya yaitu Bab II - Cara Meninggalkan Maksiat Dzahir.

Sebagai pengingat perlu kiranya disampaikan kembali bahwa tulisan ini adalah uraian terjemahan dari kitab Bidayah Alhidayah dengan Nama asli dari kitab ini adalah Kitab Bidayah Alhidayah Imam Al Ghazali atau dikenal dengan Kitab Bidayatul Hidayah.

Kitab ini adalah kitab tasawuf yang populer di kalangan pesantren salaf. Kitab ini dipelajari hampir di seluruh pesantren salaf di Indonesia. Judul asal kitab ini adalah Bidayah Al Hidayah Imam Al Ghazali atau dalam teks arab dituliskan sebagai berikut:

Bidayah Al Hidayah ; بداية الهداية للإمام الغزالي
Dengan nama penulis: Abu Hamid Muhammad Bin Muhammad Al Ghazali Al Thusi


 ( شهاب الدين احمد ابن الحسين بن احمد , ابو شجاع , شهاب أبو حامد محمد بن محمد الغزالي الطوسي)

Beliau berasal dari Tous, Iran, pada tahun 1058 beliau dilahirkan atau bertepatan dengan 450 Hijriyah dan Wafat pada 19 Desember 1111 Masehi (usia 53) atau tahun 505 Hijriah.

Adapun rincian isi kitab Bidayatul Hidayah Bab II - Fasal Kedua - Cara Meninggalkan Maksiat Batin / Maksiat Hati, ini adalah sebagai berikut :

Maksiat Batin / Maksiat Hati

القول في معاصى القلب

اعلم أن الصفات المذمومة في القلب كثيرة، وطريق تطهير القلب من رذائلها طويلة، وسبيل العلاج فيها غامض، وقد اندرس بالكلية علمه وعمله؛ لغفلة الخلق عن أنفسهم واشتغالهم بزخارف الدنيا.
وقد استقصينا ذلك كله في كتاب (إحياء علوم الدين) في ربع المهلكات وربع المنجيات، ولكنا نحذرك؛ فإنها مهلكات في أنفسها، وهي أمهات لجملة من الخبائب سواها: وهي الحسد، والرياء، والعجب؛ فاجتهد في تطهير قلبك منها؛ فإن قدرت عليها فتعلم كيفية الحذر من بقيتها من ربع المهلكات. فإن عجزت عن هذا، فأنت عن غيره أعجز.
ولا تظن أنك تسلم بنية صالحة في تعلم العلم، وفي قلبك شيء من الجسد والرياء والعجب، وقد قال صلى الله عليه وسلم: (ثلاث مهلكات: شح مطاع، وهوى متبع، وإعجاب المرء بنفسه) .

الحسد

أما الحسد: فهو متشعب من الشح، فإن البخيل هو الذي يبخل بما في يده على غيره، والشحيح هوالذي يبخل بنعمة الله تعالى وهي في خزائن قدرته تعالى، لا في خزائنه، على عباد الله فشحه أعظم، والمحسود هو الذي يشق عليه إنعام الله تعالى من خزائن قدرته، على عبد من عباده بعلم أو مال أو محبة في قلوب الناس، أو حظ من الحظوظ، حتى أنه ليحب زوالها عنه، وإن لم يحصل له بذلك شيء من تلك النعمة؛ فهذا منتهى الخبث؛ فلذلك قال النبي صلى الله عليه وسلم: (الحسد يأكل الحسنات كما تأكل النارالحطب) .
والحسود هو المعذب الذي لا يرحم، ولا يزال في عذاب دائم في الدنيا إلى موته، ولعذاب الآخرة أشد وأكبر.
بل لا يصل العبد إلى حقيقة الإيمان ما لم يحب لسائر الناس ما يحب لنفسه، بل ينبغي ان يساهم المسلمين في السراء والضراء؛ فالمسلمون كالبنيان الواحد يشد بعضه بعضا، وكالجسد الواحد إذا اشتكى منه عضو اشتكى سائر الجسد. فإن كنت لا تصادف هذا من قلبك، فاشتغالك بطلب التخلص من الهلاك أهم من اشتغالك بنوادر الفروع وعلم الخصومات.

الرياء

وأما الرياء: فهو الشرك الخفي، وهو أحد الشركين، وذلك طلب المنزلة في قلوب الخلق، لتنال بها الجاه والحشمة، وحب الجاه من الهوى المتبع، وفيه هلك أكثر الناس، فما أهلك الناس إلا الناس، ولو أنصف الناس حقيقة لعلموا أن أكثر ما هم فيه من العلوم والعبادات فضلا عن أعمال العادات، ليس يحملهم يحملهم عليه إلا مراءاة الناس، وهي محبطة للأعمال، كما ورد الخبر: (أن الشهيد يؤمر به يوم القيامة إلى النار، فيقول: يا رب استشهدت في سبيلك، فيقول الله تعالى: بل أردت أن يقال إنك شجاع، وقد قيل ذلك،
وذلك أجرك - وكذلك يقال للعالم والحاج والقارىء.

العجب والكبر والفخر

وأما العجب والكبر والفخر: فهو الداء العضال، وهو نظر العبد إلى نفسه بعين العز والاستظام، وإلى غيره بعين الاحتقار والذل، ونتيجته على اللسان أن يقول: أنا وأنا كما قال إبليس اللعين: (أنا خير منه، خلقتني من نار، وخلقته من طين) وثمرته في المجالس الترفع والتقدم وطلب التصدر فيها، وفي المحاورة الاستنكاف من أن يرد كلامه عليه.

والمتكبرهو الذي إن وعظ أنف، أو وعظ عنف، فكل من رأى نفسه خيرا من أحد من خلق الله تعالى فهو متكبر.

بل ينبغي لك أن تعلم أن الخير من هو خير عند الله في دار الآخرة، وذلك غيب، وهو موقوف على الخاتمة؛ فاعتقادك في نفسك أنك خير من غيرك جهل محض، بل ينبغي ألا تنظر إلى أحد إلا وترى أنه خير منك، وأن الفضل له على نفسك، فإن رأيت صغيرا قلت: هذا لم يعص الله وأنا عصيته، فلا شك أنه خير مني وإن رأيت كبيرا قلت هذا قد عبد الله قبلى، فلا شك أنه خير مني وإن رأيت كبيرا قلت هذا قد عبد الله قبلي، فلا شك أنه خير مني وإن رأيت كبيرا قلت هذا قد عبد الله قبلي، فلا شك أنه خير مني. وإن كان عالما قلت: هذا قد أعطى ما لم أعط، وبلغ ما لم أبلغ، وعلم ما جهلت؛ فكيف أكون مثله وإن كان جاهلا قلت: هذا قد عصى الله بجهل، وأنا عصيته بعلم؛ فحجة الله على آكد، وما أدري بم يختم لي وبم يختم له؟ وإن كان كافرا قلت: لا أدري، عسى أن يسلم ويختم له بخير العمل، وينسل بإسلامه من الذنوب كما تنسل الشعرة من العجين، وأما أنا - والعياذ بالله - فعسى أن يضلني الله فأكفر فيختم لي بشر العمل؛ فيكون غدا هو من المقربين، وأنا أكون من المبعدين.

فلا يخرج الكبر من قلبك إلا بأن تعرف أن الكبير من هو كبير عند الله تعالى، وذلك موقوف على الخاتمة، وهي مشكوك فيه؛ فيشغلك خوف الخاتمة عن أن تتكبر مع الشك فيها على عباد الله تعالى، فيقينك وإيمانك في الحال لا يناقض تجويزك في الاستقبال؛ فإن الله مقلب القلوب يهدي من يشاء، ويضل من يشاء.


Cara Cara Meninggalkan Maksiat Batin (Maksiat Hati)


Ketahuilah bahawasanya sifat yang tercela yang ada di dalam hati itu banyak sekali dan menyucikan hati daripada keko￾toran itu berhajat kepada usaha yang berterusan. Manakala cara mengubatinya pula sangat susah dan telah hilang pula ilmu dan 
amal (yang mesti diikuti untuk membersihkan hati) kerana orang 
telah melupakannya dan mereka terlalu sibuk dengan menghim￾punkan perhiasan dunia. Dan telah kami sebutkan segala yang berkenaan dengan masalah ini di dalam kitab lhya Ulumiddin pada juz yang membicarakan Al Muhlikat (artinya : Perkara-perkara yang membawa kepada kebinasaan seseorang) dan pada 
juz yang membicarakan Al Munjiat (artinya: perkara-perkara 
yang perlu diikuti untuk mendapat keselamatan). 

Walaupun demikian, di sini kami cuba untuk menyebutkan tiga perkara daripada sifat hati yang sangat jahat, iailu sifat yang 
ghalib wujud di kalangan ulama yang ada pada zaman sekarang ini, supaya dapat engkau jauhi daripadanya kerana sifat-sifat ini membawa kepada kebinasaan diri dan merupakan punca-punca bagi beberapa sifat-sifat yang tercela. Sifat-sifat itu ialah hasad, ria dan ujub. Maka bersungguh-sungguhlah engkau dalam membersihkan hatimu daripadanya, kerana apabila engkau telah dapat membersihkan hatimu daripadanya, engkau akan dapat mengetahui cara-cara untuk menjauhkan diri daripada sifat-sifat keji yang lain. Tetapi seandainya engkau tidak mampu menyucikan hatimu daripadanya, maka engkau lebih tidak mampu lagi menghadapi sifat-sifat yang lain. Dan janganlah engkau beranggapan bahawa apabila engkau sudah mempunyai niat yang baik dalam mengaji ilmu berarti engkau telah selamat daripada segala sesuatu yang merbahaya sedangkan di hatimu masih bertapak sifat hasad, ria dan ujub. Dalam hal iniRasulullah S.A. W. bersabda: 

Artinya : Ada tiga sifat yang dapat membinasakan seseorang; sifat bakhil yang dipatuhi, hawa nafsu yang diikuti dan merasa bangga dengan diri sendiri." 

Pertama : Cara meninggalkan sifat hasad. 
Sifat hasad ini adalah bercabang daripada sifat bakhil kerana orang yang bakhil ialah orang yang tidak mahu memberikan sesuatu yang ada di tangannya kepada orang lain. Dan syahih (bersangatan bakhil) ialah orang yang tidak mahu melihat kurnia Allah atau perbendaharaan Allah yang sebenarnya bukan per￾bendaharaannya tercurah kepada siapa sahaja daripada hamba Allah. Maka syahih ini lebih jahat daripada bakhil dan orang yang hasud ialah orang yang merasa keberatan bahawa Allah mencurahkan nikmat dan kurnia kepada salah seorang di antara hamba-hamba Allah, sama ada nikmat itu berupa ilmu, harta, kecintaan manusia atau apa sahaja habuan yang diberikan Allah kepada hamba-hambanya sehingga orang yang hasad ini bercita-cita kalau boleh nikmat Allah itu hilang dari orang lain 
walaupun ia tidak mendapat apa-apa keuntungan daripada hilangnya nikmat tersebut. Maka sifat hasad ini adalah kejahatan yang luar biasa kerana itu Rasulullah S.A. W. pernah bersabda : 

Artinya : "Sifat hasad itu memakan akan pahala kebaikan seperti api mema.kan kayu bakar." 

Dan orang yang hasad ini sebenamya sentiasa jauh daripada kasih sayang dan sentiasa berada di dalam siksaan di dunia ini dan di akhirat nanti. Di dunia ini ia terseksa dengan tekanan perasaan kerana bila-bila masa Allah selalu mencurahkan kurnianya kepada orang ramai bahkan kepada kawan-kawan orang yang hasad itu yang ia mengenali mereka. Allah sentiasa mencurahkan nikmat ilmu, harta dan kedudukan maka sentiasa pula 
orang yang hasad itu dalam penyiksaan bila ia melihat kemurahan Allah terhadap orang lain. Maka begitulah keadaannya 
sampai ke akhir hayatnya. Manakala di akhirat pula lebih dahsyat lagi kerana seseorang hamba tidak akan mencapai hakikat iman selama ia belum lagi mencintai bagi seluruh kaum muslimin apa-apa yang ia cintai bagi dirinya sendiri bahkan sepatutnya hendaklah ia bersama dengan perasaan seluruh kaum muslimin baik dalam kesenangan ataupun dalam kesusahan kerana orang Islam itu ibarat sebuah bangunan, di mana satu bahagian mengukuhkan bahagian yang lain dan seperti sebatang tubuh apabila mana-mana anggota merasa sakit maka penderitaan itu dirasakan oleh seluruh anggota badan yang lain. Jadi jika engkau dapati hatimu bukan dalam keadaan yang seperti ini maka sifat hasad masih wujud di dalam hatimu dan hendaklah engkau berusaha untuk membersihkannya kerana usahamu dalam meninggalkan penyakit hati ini adalah lebih penting daripada engkau menyibukkan diri untuk mendalami ilmu furuk (cabang ilmu fekah yang halus-halus) yang ganjil-ganjil dan memperdalami masalah-masalah yang dikhilafkan oleh para ulama. 

Kedua: Cara meninggalkan sifat ria

Adapun ria maka itulah yang dinamakan "syirik khafi" satu di antara dua bahagian syirik. Dan yang dimaksudkan dengan ria ialah bahawa engkau mencari sebarang penghargaan di hati manusia sehingga dengan itu engkau dapat mencapai kepangkatan dan kebesaran. Manakala cinta kepada pangkat dan kedudukan pula termasuk dalam istilah "Hewan Muttaba"' 

Artinya : Hawa nafsu yang diperturutkan. Dengan penyakit ria ini ramai orang yang menjadi binasa. Maka tidak ada yang membinasakan manusia kecuali hanya manusia. Seandainya manusia mau memikirkan hakikat perbuatan mereka tentu mereka tahu bahawa kebanyakan ilmu yang mereka cari - apatah lagi adat yang mereka lakukan - tidak lain adalah berpunca dari dorongan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain sedangkan tujuan seperti ini adalah menghilangkan pahala amalan seperti yang disebutkan di dalam hadis: 

Syirik itu terbahagi kepada dua : Pertama, syirik khafi, artinya samar, yaitu ria. Dan yang kedua syirik jali, artinya syirik yang jelas, yaitu syirik menyembah berhala. 

Artinya : "Sesungguhnya ada orang yang mati syahid yang akan dihumbankan ke daJam api neraka pada hari kiamat nanti. Lalu ia merasa hairan dan mengadukan halnya kepada Allah sambil berkata: Wahai Tuhanku! Bukanlah aku telah mati syahid dala!n membela agamamu ? Allah menjawab: {Tidak) Sebenarnya engkau sanggup mati syahid supaya engkau dikatakan seorang yang berani. Dan 
telah pun dikatakan orang demikian kepadamu. Maka itulah ganjaranmu. 
Begitulah pula halnya dikatakan kepada orang yang alim, haji dan qari {yang mereka ria pada amalan mereka}

Ketiga : Cara meninggalkan sifat ujub.

Ujub, takabur dan merasa bangga dengan diri sendiri adalah satu penyakit hati yang sangat susah diubati. Dan ujub itu ialah memandang kepada diri sendiri dengan pandangan kemuliaan dan kebesaran dan memandang terhadap orang lain dengan pandangan penghinaan. 

Dan alamat yang nampak. pada lidah orang yang ujub itu ialah ia selalu mengatakan aku begini-begini, aku begini seperti 
perkataan Iblis {kepada Allah ketika ia tidak mau sujud kepada Nabi Adam A.S.} 

Maksudnya : Aku lebih baik daripadanya (Adam) kerana Engkau menjadikan aku da.ripada api dan Engkau menjadikannya 
daripada tanah." (Surah Al A 'raf, ayat 12) 

Dan alamat yang nampak bagi seseorang yang ujub itu di dalam majlis orang yang ramai ialah ia selalu suka mengangkatkan dirinya dan menganggapnya lebih berkebolehan 
daripada orang lain dan ia suka menonjolkan diri di dalam perbincangan dan tidak senang kalau ada orang lain menolak pandangannya. Dan orang yang takbur tidak senang apabila ia diberi nasihat dan mengkasarkan bahasa kalau ia memberi nasihat kepada orang lain. Maka siapa yang menganggap dirinya lebih baik daripada orang lain maka orang itu bersifat takbur. 

Dan sebaiknya hendaklah ia mengetahui bahawa orang yang sebenarnya baik itu ialah orang yang baik di sisi Allah dan masalah ini tidak ada siapa yang mengetahuinya kerana ia tertakluk kepada "Khatimah" { akhir umur seseorang} maka 
i'tiqadmu di dalam dirimu bahawa engkau lebih baik daripada orang lain adalah berpunca daripada kejahilan semata-mata. 

Sepatutnya janganlah engkau melihat kepada seseorang kecuali engkau melihat bahawa ia adalah lebih baik di sisi Allah 
daripada engkau dan ia mempunyai beberapa kelebihan atas dirimu. Maka jikalau engkau melihat orang yang lebih muda daripadamu maka hendaklah engkau berkata (di dalam hati) "Budak ini belum pernah lagi membuat maksiat kepada Allah sedangkan aku sudah banyak berbuat maksiat maka tidak syak lagi bahawa ia lebih baik daripadaku". Dan apabila engkau melihat orang yang lebih tua daripadamu maka hendaklah engkau berkata : "Orang yang ini menyembah Allah lebih dahulu daripadaku maka tidak syak lagi bahawa ia lebih baik daripadaku." Dan apabila engkau melihat orang yang alim maka hendaklah engkau berkata: "Orang alim ini telah dikurni-akan kepadanya permacam-macam pemberian yang tidak dikurniakan kepadaku dan ia telah sampai ke mertabat yang aku tidak sampai kepadanya dan ia mengetahui perkara yang tidak aku ketahui maka betapa aku sama dengannya." Dan apabila engkau melihat orang yang jahil maka hendaklah engkau berkata: "Orang yang jahil ini berbuat maksiat akan Allah dengan kejahilannya tetapi aku  mengerjakan maksiat berserta dengan ilmuku maka Allah S.W.T. akan berhujah ke atas diriku dan aku belum tahu lagi bagaimana aku akan mengakhiri kehidupanku ini." Dan apabila engkau melihat orang yang kafir 
maka hendaklah engkau berkata: "Aku belum tahu lagi boleh jadi nanti ia masuk Islam lalu ia mengakhiri hidupnya dengan "husnul khatimah" (mati dalam keadaan yang baik atau beriman) dan dengan sebab dia masuk Islam ia telah keluar daripada dosa-dosanya seperti keluarnya sehelai rambut daripada bancuhan (adunan) roti sedangkan aku - wal iya zubillah (mudah-mudahan Allah memelihara kita) boleh jadi berubah menjadi sesat setelah mendapat pertunjuk maka aku menjadi kafir dan kehidupanku akan diakhiri dengan "su-ul khatimah" (mati dalam keadaan kafir) maka orang kafir ini pada hari kiamat nanti akan dikumpulkan bersama dengan orang-orang yang muqarrabin sedangkan aku akan diseksa di dalam api neraka." Nauzubillahi min dzalik. 

Dan sifat takbur tidak akan keluar daripada hatimu kecuali bila engkau mengetahui bahwa orang yang sebenarnya mulia itu ialah orang yang mulia di sisi Allah dan masalah ini tertakluk kepada "khatimah" (kesudahan daripada kehidupan seorang) sedangkan perkara ini masih belum dapat diyakinkan. Maka {bila engkau berfikir demikian} nescaya hatimu sentiasa akan takut dengan "khatimah" sehingga engkau tidak berani membesarkan diri dan engkau terpaksa banyak membuat andaian terhadap orang lain. Walaupun sekarang ini engkau yakin dan beriman kepada Allah namun keadaan ini tidak menghalang kemungkinan berlakunya perubahan-perubahan pada pendirianmu pada suatu masa yang akan datang kerana Allah berkuasa merubah-rubah hati manusia dan ia dapat memberi hidayah kepada siapa sahaja yang Dia kehendaki dan Dia berkuasa pula menyesatkan siapa sahaja yang dikehendakiNya. 

Sangat banyak hadis-hadis yang berkenaan dengan celaan terhadap sifat hasad, takbur, riak dan 'ujub tetapi rasanya cukuplah bagimu sebuah hadis yang telah menghimpunkan segala maksud yang berkenaan dengan sifat-sifat tersebut. Di mana Imam Abdullah bin Al Mubarak R.A. telah meriwayatkan di dalam kitab Al Zuhd dengan sanad beliau daripada seorang lelaki{yaitu Khalid bin Maadan} yang pemah berkata kepada Muaz: 

"Wahai Muaz! Ceritakanlah kepadaku sebuah hadis yang pernah engkau dengar daripada Rasulullah SAW. Berkata rawi hadis tersebut {Khalid bin Maadan} lalu Muaz menangis sehingga aku sangka ia tidak dapat berhenti tetapi akhimya Muaz berhenti daripada tangisannya kemudian lalu Muaz berkata:· Aku mendengar Rasulullah S.A.W. pernah bersabda kepadaku : 

Wahai Muaz! Sebenarnya aku mahu menceritakan kepada kamu sebuah hadis jikalau engkau mampu memeliharanya pasti ia akan memberi manfaat akan dikau di sisi Allah tetapi jika engkau mensia-siakannya dan tidak memeliharanya maka akan terputuslah hujjahmu di. hadapan Tuhan pada hari kiamat nanti. 

Wahai Muaz! Sesungguhnya Allah S.W.T. telah menjadikan tujuh orang malaikat sebelum ia menciptakan langit dan bumi kemudian lalu ditentukannya pada setiap langit seorang malaikat daripada mereka untuk menjaga pintu langit tersebut. 

Lalu naiklah malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba yang dilakukannya mulai dari pagi sampai ke petang. Amalan tersebut mempunyai nur bagaikan cahaya matahari, sehingga apabila malaikat Hafazhah yang membawa amalan hamba itu sampai ke langit yang pertama. Mereka menganggap bahwa amalan itu baik dan sangat banyak lalu berkata malaikat penjaga langit pertama itu bagi malaikat Hafazhah : 

"Pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya. Akulah malaikat penjaga ghibah {mengumpat}. Allah telah menyuruhku supaya aku tidak  membiarkan amalan orang yang mengumpat orang lain itu dapat melalui aku untuk terus naik keatas." 

Kemudian datang pula malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba. M ereka menganggap bahawa amalan itu sangat baik dan sangat banyak (Malaikat itu berjaya melintasi langit yang pertama kerana orang yang mengerjakan 
amalan tersebut tidak terlibat dengan dosa mengumpat orang) sehingga mereka sampai ke langit yang kedua lalu berkata malaikat penjaga langit yang kedua itu: 

"Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya kerana ia menghendaki 
dengan amalannya akan mendapat keuntungan dunia. Allah telah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang seperti ini melintasi aku untuk terus naik ke atas. Selain daripada itu ia juga suka membesarkan diri di dalam majlis perjumpaan. Akulah malaikat penjaga kebesaran." 

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal seseorang hamba yang penuh dengan sinaran dan cahaya daripada pahala sedekah, sembahyang, puasa. Para malaikat Hafazhah merasa hairan melihat keindahan amalan tersebut lalu mereka membawa amalan itu (melintasi langit yang pertama dan kedua) sehingga sampai ke pintu langit yang ketiga maka berkata malaikat penjaga langit ketiga itu : 

"Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya. Akulah malaikat takbur. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang takbur dapat melintasiku. Orang itu sangat suka membesarkan diri di dalam majlis orang ramai." 

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal seseorang hamba. Amal itu bersinar-sinar seperti bersinarnya bintang yang berkelip-kelip. Baginya suara tasbih, sembahyang, puasa, haji dan umrah. Para malaikat Hafazhah berjaya membawa amalan itu sehingga sampai ke pintu langit yang keempat maka berkata malaikat penjaga langit keempat itu : 

"Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya, belakang dan juga perutnya. Akulah malaikat ujub. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang ujub dapat melintasiku. Ia beramal adalah dengan dorongan perasaan ujub terhadap dirinya." 

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal seseorang hamba sehingga mereka berjaya sampai ke pintu langit yang kelima seolah-olah amalan itu pengantin yang di￾hantar (disambut) ke rumah suaminya (maksunya amalannya itu berseri-seri) lalu berkata malaikat penjaga langit yang kelima: 

"Berhenti kamu dan pukulkan dengan amal ini akan muka orang yang mengerjakannya dan campakkanlah di atas tengkoknya. Akulah malaikat hasad ia sangat hasud kepada orang yang belajar ilmu dan beramal seperti amalannya. Ia hasut akan orang lain yang melakukan sebarang kelebihan di dalam ibadat ia juga mencela mereka. Allah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang yang hasud ini melintasi aku." 

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba. Baginya cahaya seperti bulan purnama daripada sembahyang, zakat, umrah, jihad dan puasa. Malaikat 
Hafazhah berjaya membawa amalannya sehingga sampai ke langit yang keenam lalu berkata malaikat penjaga langit tersebut: 

"Berhentilah kamu dan pukulkan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya kerana ia tidak belas kasihan kepada hamba-hamba Allah yang terkena bala dan kesusahan bahkan ia merasa gembira dengan demikian. Akulah malaikat rahmat. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang seperti ini dapat melintasi aku." 

Kemudian naiklah pula malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba. Amalan itu ialah sembahyang,puasa, nafkah, jihad dan warak. Baginya bunyi {maksudnya bunyi zikir} seperti bunyi lebah dan baginya cahaya seperti cahaya matahari dan naiklah bersama dengan amalan itu tiga ribu orang malaikat. Mereka telah berjaya membawanya sehingga sampai ke pintu langit yang ketujuh maka berkata malaikat penjaga pintu langit tersebut: 

"Berhentilah kamu dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya bahkan pukulkan pula akan seluruh anggota badannya dan tutupkan ke atas hatinya. Akulah malaikat zikir {zikir di sini bermakna : mencari sebutan, yaitu seorang yang beramal dengan tujuan supaya disebut-sebut oleh orang lain}. Aku akan menghalang amalan orang yang riak dari sampai kepada Tuhanku. la beramal bukan kerana mencari keridhaan Allah tetapi hanya bertujuan supaya mendapat tempat yang tinggi di hati para fukaha dan supaya disebut di kalangan para ulama dan supaya masyhur namanya di merata tempat. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang riak itu melintasi aku, kerana setiap amalan yang tidak ikhlas adalah riak dan Allah tidak akan menerima amalan orang yang ria." 

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah dengan amalan seseorang hamba. Amalan itu berupa sembahyang, zakat, puasa, haji, umrah, akhlak mulia, banyak berdiam { daripada perkara yang tidak berguna} dan banyak berzikir. Amalan hamba ini diusung oleh para malaikat penjaga tujuh petala langit sehingga mereka melintasi segala halangan dan sampai kepada Allah. 

Para malaikat itu berhenti di hadapan Allah dan bersaksi dengan keikhlasan dan kebaikan amalan tersebut lalu Allah berfirman kepada para malaikatnya: 

"Kamu adalah yang bertugas menjaga amalan hambaKu ini dan sebenarnya Aku lebih mengetahui dengan segala isi hatinya. la sebenarnya tidak menghendaki akan Aku dengan amalannya tersebut. la hanya menghendaki sesuatu yang lain daripadaKu oleh kerana itu maka Aku turunkan ke atasnya akan laknatKu. 

" Lalu para malaikat tadi berkata : 

"Ke atasnya laknatMu dan juga laknat kami." Lalu melaknat akan dia oleh tujuh petala langit dan seisinya. 

Mendengar sabda Rasulullah S.A.W. ini lalu Muaz menangis seraya berkata: "Engkau adalah Rasulullah S.A. W. sedangkan aku adalah Muaz {hamba Allah yang bukan Rasul}. 

Maka bagaimana aku dapat selamat dan sejahtera. Lalu Rasulullah S.A.W. menjawab : 

"Hendaklah engkau ikuti aku walaupun hanya dengan sedikit amalan. Wahai Muaz jaga lidahmu baik-baik daripada mencela saudaramu yang membaca Al Quran { golongan Ulama} dan pertanggungkanlah segala dosamu ke atasmu dan jangan engkau mempertanggungkan dosamu ke atas mereka dan jangan engkau menganggap dirimu bersih dan jangan pula engkau mencela orang lain dan jangan engkau memuji dirimu di hadapan mereka. Dan jangan engkau campurkan urusan dunia di dalam urusan akhirat. Dan jangan engkau menyombong diri di dalam majlis nanti orang ramai akan takut kepadamu kerana kejahatanmu dan jangan engkau berbisik kepada seseorang sedangkan seorang lagi ada di sisimu dan jangan engkau mem￾besarkan dirimu maka akan terputus daripadamu segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Dan jangan engkau carikkan {pecah belah} akan manusia maka mencarik akan dikau oleh anjing-anjing api neraka pada hari kiamat nanti. Allah telah berfirman: 

Maksudnya: Demi yang mencarik akan carikkan. (Surah Al Nazi'at, ayat 2) 

Apakah engkau ketahui wahai Muaz siapakah mereka yang mencarik itu ? 

Muaz bertanya: "Ya Rasulullah, sebenarnya siapa mereka?" Lalu Nabi S.A.W. menjawab: "ltulah anjing-anjing garang di dalaln api neraka yang akan mencarikkan daging sehingga sampai ke tulang." 

Muaz bertanya: "Ya Rasulullah siapalcah orang yang mampu melaksanakan segala perkara yang engkau sebutkan tadi? Dan siapakah yang akan selamat daripada seksaan itu?" Nabi S.A.W. menjawab: "/tu sebenarnya mudah bagi orang yang dimudahkan oleh Allah" Kemudian lalu Khalid bin Maadan berkata: "Maka aku tidak pernah melihat seseorang yang banyak membaca Al Quranul Karim lebih daripada Muaz kerana beliaufaham terhadap hadis yang besar ini.

Hadis ini riwayat lbnul Mubarak di dalam Ki tab Al Zuhd dan riwayat lbnul Jauzi di dalam kitab Al Maudhu'at Oihat Takhrij Al Iraqi, Ihya Ulumiddin 3/295) 

Maka hendaklah engkau renungkan baik-baik perkara yang terkandung di dalam hadis ini wahai orang yang gemar kepada ilmu pengetahuan dan ketahuilah bahawasanya sebesar-besar sebab yang dapat mengukuhkan perangai yang jahat di dalam hati ialah menuntut ilmu dengan tujuan hendak menunjukkan kelebihan dan dengan tujuan supaya pandai bercakap kerana orang awam {orang yang tidak berilmu} adalah agak lebih jauh daripada perangai-perangai yang jahat dan orang yang mencari ilmu adalah menjadi sasaran penyakit-penyakit hati yang dapat membinasakan. 

Maka lihatlah pada dirimu dan timbanglah baik-baik, yang mana yang lebih penting dan yang mana lebih baik. Apakah yang lebih baik itu belajar ilmu yang membawa engkau supaya berhati-hati daripada segala perkara yang dapat membinasakan engkau lalu engkau sibuk dengan memperbaikki hatimu dan membangun akhiratmu ataukah yang lebih baik itu engkau bergaul dengan orang yang bercakap kosong maka engkau mencari ilmu yang menjadikan engkau orang yang takbur, ria, hasad, ujub sehingga akhimya engkau binasa bersama dengan orang yang binasa. Dan ketahuilah olehmu bahawa tiga perkara ini {hasad, ria, dan ujub} ialah punca kepada segala penyakit hati dan baginya tempat tumbuh yang sama, yaitulah "hubbud dun-ya" { cinta dunia} oleh kerana itu Rasulullah S.A.W. pernah bersabda: 

Artinya : Cinta dunia itu adalah punca daripada segala kejahatan. 

Namun demikian dunia juga adalah bendang untuk akhirat. 

Maka siapa yang mengambil dunia sekadar yang ia perlukan, yaitu sekadar yang digunakannya untuk sampai ke negeri akhirat maka dunia yang seperti ini adalah ladang akhirat, tetapi siapa yang mengambil dunia hanya semata-mata untuk mencari kesedapan dan kebahagiaan maka dunia itu pasti akan membinasakannya. 

Inilah sedikit sebanyak yang kami sebutkan dalam bicara "taqwa yang zahir" yang merupakan permulaan jalan dalam menuju hidayah. Apabila engkau mencubanya dan engkau dapati nafsumu dapat mengikutinya maka teruskanlah dengan membaca kitab Ihya Ulumiddin supaya engkau sampai kepada bicara taqwa yang batin. Kemudian setelah itu apabila hati nuranimu telah engkau penuhkan dengan taqwa maka ketika itulah akan terbuka pula bagimu segala hijab antaramu dan antara Tuhanmu dan akan terbuka pula bagimu segala cahaya Ma'rifat dan akan mengalir daripada hatimu pancaran hikmah dan akan jelaslah bagimu segala rahasia alam mulk (alam yang nampak di mata) dan rahsia alam malakut (alam yang tidak nampak) dan akan mudahlah bagimu mencapai ilmu hakikat yang menjadikan engkau memandang rendah terhadap ilmu yang baru-baru yang tidak ada disebutkan di zaman para sahabat dan para tabi 'in R.A. 

Dan jika engkau hanya menuntut ilmu "Qila wa Qala" 

(Artinya ilmu perdebatan) dan ilmu perbalahan dan khilafiyah, maka alangkah besamya musibahmu dan alangkah panjangnya kesusahanmu dan alangkah besamya kehilanganmu. Ketika itu buatlah apa sahaja yang engkau kehendaki kerana dunia yang engkau tuntut dengan menggunakan agama sudah tidak selamat lagi bagimu manakala akhiratmu pula pasti akan hilang dari￾padamu. Maka sesiapa yang mencari dunia dengan menggunakan agama ia akan rugi di dunia dan akhirat dan siapa yang meninggalkan dunia dan memberi penumpuan kepada agama pasti ia akan untung kedua-duanya sekali. 

Maka inilah kata-kata pertunjuk untuk engkau memulakan perjalananmu pada bermuamalat dengan Allah Taala dan me￾nunaikan segala suruhanNya dan menjauhkan segala larangan-Nya. Sekarang aku akan sebutkan kepadamu beberapa pertunjuk pula yang dapat engkau jadikan panduan dalam hidupmu di dunia ini bersama dengan (Tuhanmu dan bersama dengan) segala hamba-hamba Allah Taala. 

  1. Demikianlah Bab Permulaan Hidayah : Maksiat Hati ini diterangkan dalam Kitab Bidayatul Hidayah. Semoga bermanfaat bagi kita semua. Amin

    Lanjut ke Terjemah Kitab Bidayah Alhidayah Imam Al Ghazali - Bab Adab/Etika Bergaul


  2. Kembali ke Daftar Isi

Comments

Banyak Dilihat

Terjemah Kitab Matan Taqrib - Bab Sholat

Syarat, Rukun, & Sunnah Sholat Bab ini menjelaskan tentang fiqih tata cara sholat mulai dari syarat sholat, rukun sholat, dan sunnah-sunnah dalam sholat. Ini adalah lanjutan dari pembahasan terjemah Kitab Matan Taqrib sebelumnya yaitu Bab Bersuci atau Taharah . Sebagai pengingat perlu kiranya disampaikan kembali bahwa tulisan ini adalah uraian terjemahan dari kitab Matan Taqrib dengan  Nama asli dari kitab Taqrib ini adalah  Kitab Matan Al-Ghayah wat Taqrib  atau dikenal dengan Kitab Taqrib saja. Ini adalah kitab fiqh paling populer di kalangan pesantren salaf. Kitab ini dipelajari hampir di seluruh pesantren salaf di Indonesia. Judul asal kitab ini adalah Matnul Ghayah wat Taqrib atau dalam teks arab dituliskan sebagai berikut: Matan Al-Ghayah Wat Taqrib (متن الغاية والتقريب)  atau Matan Abu Syujak (متن أبي شجاع) Dengan nama penulis: Syihabuddin Ahmad Bin Husain Bin Ahmad Abu Syujak Syihabuddin Thayyib Al-Ashfahani  ( شهاب الدين احمد ابن الحسين بن احمد , ابو شجاع ,

Terjemah Kitab Matan Taqrib - Bab Jual Beli

Macam-macam Jual Beli dan Akad lainnya Bab ini menjelaskan tentang fiqih tata cara Jual Beli dengan pokok-pokok bahasan yang meliputi m acam-macam Jual Beli,  Bab Riba,  Khiyar (Memilih),  Akad Salam,  Gadai,  Yang Dilarang Bertransaksi (Al Hajr),  Perdamaian (Suluh),  Hiwalah,  Dhaman,  Kafalah,  Akad Syirkah,  Wakalah (Perwakilan),  Ikrar,  Pinjam Meminjam,  Ghasab,  Syuf'ah,  Hutang,  Siraman,  Sewa,  Ju'alah,  Bagi Hasil Tanaman,  Menghidupkan Bumi Mati,  Waqaf,  Hibah,  Barang Temuan (Luqatah),  Merawat Luqotoh, dan  Barang Titipan. Ini adalah lanjutan dari pembahasan terjemah Kitab Matan Taqrib sebelumnya yaitu Bab Haji dan Umroh. Sebagai pengingat perlu kiranya disampaikan kembali bahwa tulisan ini adalah uraian terjemahan dari kitab Matan Taqrib dengan Nama asli dari kitab Taqrib ini adalah  Kitab Matan Al-Ghayah wat Taqrib  atau dikenal dengan Kitab Taqrib saja. Ini adalah kitab fiqh paling populer di kalangan pesantren salaf. Kitab ini dipelajari hampir di s

Terjemah Kitab Matan Taqrib - Bab Zakat

Zakat Mal  dan Zakat Fitrah Bab ini menjelaskan tentang fiqih tata cara Zakat mulai dari Zakat Mal, Zakat Fitrah, Zakat Harta Berserikat, Zakat Emas dan Perak, Zakat Pertanian, dan Zakat Perdagangan. Juga akan di jelaskan siapa saja yang berhak menerima zakat. Ini adalah lanjutan dari pembahasan terjemah Kitab Matan Taqrib sebelumnya yaitu Bab Sholat . Sebagai pengingat perlu kiranya disampaikan kembali bahwa tulisan ini adalah uraian terjemahan dari kitab Matan Taqrib dengan Nama asli dari kitab Taqrib ini adalah  Kitab Matan Al-Ghayah wat Taqrib  atau dikenal dengan Kitab Taqrib saja. Ini adalah kitab fiqh paling populer di kalangan pesantren salaf. Kitab ini dipelajari hampir di seluruh pesantren salaf di Indonesia. Judul asal kitab ini adalah Matnul Ghayah wat Taqrib atau dalam teks arab dituliskan sebagai berikut: Matan Al-Ghayah Wat Taqrib (متن الغاية والتقريب) atau Matan Abu Syujak (متن أبي شجاع) Dengan nama penulis: Syihabuddin Ahmad Bin Husain Bin Ahmad Abu Syuj

Terjemah Kitab Matan Taqrib - Bab Hukum Waris dan Wasiat

Hukum Waris dan Wasiat dalam Fiqih Islam Madzhab As-Syafi'i Kitab Faraidh adalah ilmu pembagian harta warisan menurut syariah Islam  madzhab Syafi'i. Hukum waris Islam wajib diterapkan dalam pembagian harta peninggalan mayit. Ahli waris dalam Islam tidak hanya terbatas pada anak dan cucu tapi juga meliputi ayah ibu, kakek ke atas; anak laki-laki dan perempuan, cucu dari anak lelaki ke bawah; suami istri, saudara kandung, saudara seayah, saudara seibu. Harta waris harus dibagikan segera setelah pewaris meninggal setelah dipotong hutang, biaya pemakaman dan wasiat. Bab ini menjelaskan tentang fiqih tata cara menjalankan   Hukum Waris ,  10 Golongan Ahli Waris Laki-laki ,  7 Golongan Ahli Waris Perempuan ,  5 Golongan Ahli Waris yang Selalu Dapat Warisan ,  7 Golongan Tidak Berhak Mendapat Warisan ,  Ahli Waris Asobah ,  Bagian Pasti dalam Warisan , dan Wasiat. Ini adalah lanjutan dari pembahasan terjemah Kitab Matan Taqrib sebelumnya yaitu  Bab Jual Beli.  Sebagai peng

Terjemah Kitab Matan Taqrib - Bab Haji dan Umroh

Syarat, Rukun, dan Tata Cara Haji dan Umroh Bab ini menjelaskan tentang fiqih tata cara Haji dan Umroh dengan pokok bahasan yang meliputi Syarat Wajib Haji, Syarat/Rukun dan Tata Cara Haji, Rukun Umroh, Wajib Haji, Sunnah Haji, Larangan saat Ikhrom, dan denda Haji. Haji dan umroh  adalah salah satu dari lima prinsip (rukun) Islam yang wajib dilaksanakan sekali seumur hidup bagi yang mampu. Haji adalah ibadah khusus yang hanya boleh dilaksanakan di Tanah Suci Makkah pada bulan-bulan tertentu. Sedangkan umroh adalah ibadah yang merupakan satu paket dengan haji namun bisa juga dilaksanakan secara mandiri di luar musim haji sepanjang tahun namun tetap pelaksanaannya harus di Makkah, Arab Saudi dengan cara ritual ibadah yang mirip namun tanpa wukuf di Arafah, tanpa mabit di mina dan tanpa melempar jumrah. Persamaannya adalah sama-sama keliling Ka'bah, sa'i antara sofa dan marwah dan memulai ibadah dari miqat. Ini adalah lanjutan dari pembahasan terjemah Kitab Mat

Terjemah Kitab Matan Taqrib - Bab Pidana/Jinayat dan Hukuman Pidana/Hudud

Jinayat (Pidana) dan Hudud (Hukuman Pidana) Bab ini menjelaskan tentang fiqih   Jinayat (Pidana) , yang mencakup Diyat , dan Klaim Darah. Juga menjelaskan tentang   Hudud (Hukuman Pidana)   yang meliputi Hukuman Zina ,  Hukuman Tuduhan Zina ,  Hukuman Peminum Alkohol ,  Hukuman bagi Pencuri ,  Hukuman Begal ,  Hukuman Menyakiti Sesama ,  Hukuman Pemberontak ,  Hukuman Murtad , dan Hukuman Tidak Shalat. Ini adalah lanjutan dari pembahasan terjemah Kitab Matan Taqrib sebelumnya yaitu  Bab Nikah dan Talak.  Sebagai pengingat perlu kiranya disampaikan kembali bahwa tulisan ini adalah uraian terjemahan dari kitab Matan Taqrib dengan Nama asli dari kitab Taqrib ini adalah  Kitab Matan Al-Ghayah wat Taqrib  atau dikenal dengan Kitab Taqrib saja. Ini adalah kitab fiqh paling populer di kalangan pesantren salaf. Kitab ini dipelajari hampir di seluruh pesantren salaf di Indonesia. Judul asal kitab ini adalah Matnul Ghayah wat Taqrib atau dalam teks arab dituliskan sebagai berikut:

Terjemah Kitab Matan Taqrib - Bab Jihad, Sembelihan dan Buruan, Halal Haram Binatang, Kurban dan Aqiqah, Lomba dan Memanah, Nazar dan Sumpah

Tentang Jihad, Sembelihan dan Buruan, Halal Haram Binatang, Kurban dan Aqiqah, Lomba dan Memanah, Nazar dan Sumpah Ini adalah lanjutan dari pembahasan terjemah Kitab Matan Taqrib sebelumnya yaitu  Bab Jinayat dan Hudud.  Sebagai pengingat perlu kiranya disampaikan kembali bahwa tulisan ini adalah uraian terjemahan dari kitab Matan Taqrib dengan Nama asli dari kitab Taqrib ini adalah  Kitab Matan Al-Ghayah wat Taqrib  atau dikenal dengan Kitab Taqrib saja. Ini adalah kitab fiqh paling populer di kalangan pesantren salaf. Kitab ini dipelajari hampir di seluruh pesantren salaf di Indonesia. Judul asal kitab ini adalah Matnul Ghayah wat Taqrib atau dalam teks arab dituliskan sebagai berikut: Matan Al-Ghayah Wat Taqrib (متن الغاية والتقريب) atau Matan Abu Syujak (متن أبي شجاع) Dengan nama penulis: Syihabuddin Ahmad Bin Husain Bin Ahmad Abu Syujak Syihabuddin Thayyib Al-Ashfahani  ( شهاب الدين احمد ابن الحسين بن احمد , ابو شجاع , شهاب الدين الطيب الاصفهانى) Beliau lah

Mursyid ke-38 Thoriqoh Qodiriyah Naqsyabandiyah Pondok Pesantren Suryalaya

Thoriqoh Qodiriyah Naqsyabandiyah Pondok Pesantren Suryalaya Thoriqoh Qodiriyah Naqsyabandiyah Pondok Pesantren Suryalaya atau biasa disebut dengan TQN PP Surlaya merupakah salah satu Madzhab Tasawuf yang Mu'tabaroh (diakui keabsahannya) yang bertempat di Tasikmalaya Jawa Barat Indonesia. Keabsahan thoriqoh ini tidak hanya sebatas pada amaliyah saja, namun secara sanad atau silsilahnya Thoriqoh Qodiriyah Naqsyabandiyah Pondok Pesantren Suryalaya memang tersambung langsung kepada Rosululloh Muhammad SAW. Sumber foto: sufimedia38 Saat ini (waktu artikel ini ditulis pada hari Minggu tanggal 13 Oktober 2019), ke-Mursyidan TQN Pondok Pesantren Suryalaya berada dibawah  bimbingan Guru Agung Syaikh Muhammad Abdul Ghaots atau Syaikh Muhammad Abdul Gaos yang dikenal dengan panggilan akrab 'Abah Aos' yang di daulat sebagai Mursyid ke-38 dari Thoriqoh Qodiriyah Naqsyabandiyah Pondok Pesantren Suryalaya. Abah Aos menerima mandat sebagai Mursyid ke-38 dari Ikhwan

Manaqib Syaikh Abdul Qodir Al-Jailani

Apa itu Manaqib? Apa yang dimaksud dengan Manaqib, Apa sebenarnya pengertian Manaqib, dan Bagaimana Manaqib itu? Inilah pertanyaan-pertanyaan yang mencoba  akan dijawab melalui pembahasaan sederhana ini. Sumber Foto : laduni.id Assalamu 'Alaikum Wa Rokhmatullohi Wa Barokaatuh Bismilahirrakhmaanirrakhim Alkhamdulillhi Robbil'Alamiin Washolaatu Wassalaamu 'Ala Sayyidil Anbiya wal Mursalin habibana Muhammad SAW. Wa 'Ala Aalihi Wa Sohbihi Ajmain. Manaqib secara bahasa dapat diartikan sebagai "Riwayat Hidup". Kata Manaqib sendiri berasal dari bahasa Arab yang diambil dari lafadz "Naqaba" yang berarti "Menyelidiki, Melubangi, Memeriksa, dan Menggali. Kata Manaqib adalah bentuk jama dari lafadz "Manqibun yang merupakan isim makan dari lafadz Naqaba. Di dalam Al-Quran arti lafadz "Naqoba" dapat kita temukan pada ayat-ayat dari  beberapa Surat yang diantaranya adalah Surat Al-Maidah pada ayat 12, Surat Al-Kah

Popular posts from this blog

Terjemah Kitab Matan Taqrib - Bab Sholat

Syarat, Rukun, & Sunnah Sholat Bab ini menjelaskan tentang fiqih tata cara sholat mulai dari syarat sholat, rukun sholat, dan sunnah-sunnah dalam sholat. Ini adalah lanjutan dari pembahasan terjemah Kitab Matan Taqrib sebelumnya yaitu Bab Bersuci atau Taharah . Sebagai pengingat perlu kiranya disampaikan kembali bahwa tulisan ini adalah uraian terjemahan dari kitab Matan Taqrib dengan  Nama asli dari kitab Taqrib ini adalah  Kitab Matan Al-Ghayah wat Taqrib  atau dikenal dengan Kitab Taqrib saja. Ini adalah kitab fiqh paling populer di kalangan pesantren salaf. Kitab ini dipelajari hampir di seluruh pesantren salaf di Indonesia. Judul asal kitab ini adalah Matnul Ghayah wat Taqrib atau dalam teks arab dituliskan sebagai berikut: Matan Al-Ghayah Wat Taqrib (متن الغاية والتقريب)  atau Matan Abu Syujak (متن أبي شجاع) Dengan nama penulis: Syihabuddin Ahmad Bin Husain Bin Ahmad Abu Syujak Syihabuddin Thayyib Al-Ashfahani  ( شهاب الدين احمد ابن الحسين بن احمد , ابو شجاع ,

Terjemah Kitab Matan Taqrib - Bab Jual Beli

Macam-macam Jual Beli dan Akad lainnya Bab ini menjelaskan tentang fiqih tata cara Jual Beli dengan pokok-pokok bahasan yang meliputi m acam-macam Jual Beli,  Bab Riba,  Khiyar (Memilih),  Akad Salam,  Gadai,  Yang Dilarang Bertransaksi (Al Hajr),  Perdamaian (Suluh),  Hiwalah,  Dhaman,  Kafalah,  Akad Syirkah,  Wakalah (Perwakilan),  Ikrar,  Pinjam Meminjam,  Ghasab,  Syuf'ah,  Hutang,  Siraman,  Sewa,  Ju'alah,  Bagi Hasil Tanaman,  Menghidupkan Bumi Mati,  Waqaf,  Hibah,  Barang Temuan (Luqatah),  Merawat Luqotoh, dan  Barang Titipan. Ini adalah lanjutan dari pembahasan terjemah Kitab Matan Taqrib sebelumnya yaitu Bab Haji dan Umroh. Sebagai pengingat perlu kiranya disampaikan kembali bahwa tulisan ini adalah uraian terjemahan dari kitab Matan Taqrib dengan Nama asli dari kitab Taqrib ini adalah  Kitab Matan Al-Ghayah wat Taqrib  atau dikenal dengan Kitab Taqrib saja. Ini adalah kitab fiqh paling populer di kalangan pesantren salaf. Kitab ini dipelajari hampir di s

Terjemah Kitab Matan Taqrib - Bab Hukum Waris dan Wasiat

Hukum Waris dan Wasiat dalam Fiqih Islam Madzhab As-Syafi'i Kitab Faraidh adalah ilmu pembagian harta warisan menurut syariah Islam  madzhab Syafi'i. Hukum waris Islam wajib diterapkan dalam pembagian harta peninggalan mayit. Ahli waris dalam Islam tidak hanya terbatas pada anak dan cucu tapi juga meliputi ayah ibu, kakek ke atas; anak laki-laki dan perempuan, cucu dari anak lelaki ke bawah; suami istri, saudara kandung, saudara seayah, saudara seibu. Harta waris harus dibagikan segera setelah pewaris meninggal setelah dipotong hutang, biaya pemakaman dan wasiat. Bab ini menjelaskan tentang fiqih tata cara menjalankan   Hukum Waris ,  10 Golongan Ahli Waris Laki-laki ,  7 Golongan Ahli Waris Perempuan ,  5 Golongan Ahli Waris yang Selalu Dapat Warisan ,  7 Golongan Tidak Berhak Mendapat Warisan ,  Ahli Waris Asobah ,  Bagian Pasti dalam Warisan , dan Wasiat. Ini adalah lanjutan dari pembahasan terjemah Kitab Matan Taqrib sebelumnya yaitu  Bab Jual Beli.  Sebagai peng